Mengenai Konsortium Baja Nasional

Ditubuhkan pada Februari 2007, KBN adalah satu syarikat entiti persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. KBN secara rasmi telah beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 2009.

Aktiviti perniagaan utama KBN adalah membekal Baja Tunggal/Jati dan Baja Sebatian untuk keperluan ladang-ladang dan agensi-agensi pertanian di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia (KKLW). Untuk mengekal dan mengembangkan pasaran perniagaan baja dan input pertanian, KBN telah mendapatkan sumber dari pelbagai pengeluar utama dunia dan pembekal-pembekal baja tempatan.

Nilai & Visi

Untuk menjadi pembekal pilihan baja dan input pertanian

Misi & Matlamat

Untuk menjadi pemangkin pasaran utama dalam industri baja dan input pertanian yang menyediakan perkhidmatan dan produk kepada pengguna